Implan Rambut Sintetik: Punca Pelbagai Jenis Sakit Kepala

oleh Dr Chiam Tee Kiang, Pakar Transplantasi Rambut, KO Hair Restoration Centre
Di zaman ini, bila mana hampir sebarang bahagian tubuh manusia boleh digantikan dengan bahagian buatan, dalam satu bentuk atau lain, anda mungkin berfikir ia juga boleh dilakukan untuk rambut. Jika doktor boleh menggantikan bahagian-bahagian tubuh yang rumit seperti sendi lutut, pinggul, jantung dan cuping telinga, sudah tentu rambut sintetik adalah mudah, bukan? Fikir semula, kerana ternyata tidak banyak kemajuan yang dicapai dalam industri rambut sintetik sejak ia bermula dengan lemah pada tahun 80-an dan sehingga ke hari ini, Pentadbiran Ubatan Persekutuan US (FDA) tidak mengambil kisah tentangnya.

Permulaan yang Mencurigakan

Sebagai permulaan, gentian sintetik tidak tumbuh bersama rambut ‘asli’, maka sudah tentu ini membawa kepada pelbagai jenis masalah estetik yang akan menggagalkan tujuan prosedur. Bukan itu sahaja, tetapi, semasa tahun lapan puluhan apabila pemindahan rambut sintetik memasuki pasaran, masalah lain yang lebih menakutkan juga timbul. Kerana prosedur ini melibatkan pemasukan rambut tiruan – di mana rambut akan disambungkan – ke kulit kepala, Kotak Pandora yang penuh dengan komplikasi telah dibuka. Jangkitan, rambut tiruan yang tidak diterima oleh kulit kepala dan kesan parut teruk merupakan antara isu yang timbul; yang membawa kepada kes penipuan dan tuntutan mahkamah , yang sebenar dan oportunis. Semua ini hampir menakdirkan kegagalan industri ini.

Masih Dilihat sebagai Opsyen yang Baik oleh Sesetengah Pihak

Diharamkan oleh FDA pada tahun 1983, industri pemindahan rambut sintetik difikirkan telah berakhir, namun, amalan ini masih diterima sebagai kaedah penggantian rambut di kebanyakan tempat di Eropah hari ini. Meskipun terdapat banyak kekurangan dalam prosedur ini, ternyata pasaran ini masih berkembang di sesetengah bahagian dunia dan ramai penerima implan yang sangat berpuas hati dengan keputusannya. Pelbagai kemajuan telah dicapai dan hasil kerosakan dari tahun lapan puluhan nampaknya telah dilupakan.

Buat masa ini, FDA kini mempertimbangkan dua jenis implan rambut sintetik yang lebih baru dan lebih selamat, iaitu Nido dan BioFibre, yang kedua-duanya telah diperakui di Eropah. Kedua-dua syarikat menggunakan bahan sintetik yang lebih selamat untuk implan, iaitu bahan polymide yang sepadan dengan gentian monacrylic, polyacrylic dan poliester lama dari tahun 80an, yang telah disalahkan untuk pelbagai reaksi alahan dan jangkitan.

Adakah ini bermakna bahawa gentian rambut sintetik kini merupakan opsyen yang boleh digunakan dan lebih selamat untuk mereka yang mengalami masalah kehilangan rambut? Pihak juri masih belum membuat keputusan kerana hakikatnya ialah, gentian ini merupakan bahan tiruan dan tidak seperti sendi atau tulang rawan sintetik yang serasi dengan tubuh, ia masih menyebabkan pelbagai kesan sampingan.

Masalah Gentian Rambut Sintetik

Selain daripada pelbagai isu yang dinyatakan oleh US FDA pada tahun 1983, seperti maklumat dan amalan pemasaran yang boleh dipersoalkan, kekurangan manfaat kesihatan dan komplikasi yang timbul daripada ketidakserasian bio gentian, masih terdapat risiko kesihatan dan penjagaan diri yang jelas bagi penerima gentian rambut sintetik.

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan:

  • Kesan parut teruk disebabkan pemasukan rambut tiruan ke kulit kepala.
  • Kehilangan implan disebabkan angin kuat dan kejadian tidak sengaja apabila memberus rambut, dan sebagainya.
  • Reaksi alahan.
  • Gentian sintetik kelihatan lebih seperti rambut palsu berbanding rambut ‘sebenar’.
  • Sentiasa kesakitan akibat banyak jangkitan kecil yang memberi kesan kepada salah satu daripada berdozen helaian rambut tiruan di kulit kepala.

Bukan semua orang mengalami masalah-masalah di atas tetapi hakikatnya masih sama, ia telah memberi kesan kepada terlalu ramai orang untuk dianggap sebagai masalah kecil. Sementara risiko ini masih ada, implan gentian rambut sintetik akan dianggap sebagai opsyen yang kurang sesuai berbanding ‘pemindahan rambut’ asli yang serupa.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *