Rancangan Estetik Bersama Dr Tan Kean Joo
Orang lebih berfikiran terbuka hari ini. Walaupun bersifat kontroversi, perubatan estetik dan pembedahan plastik semakin popular di Malaysia, dan menjadi semakin biasa di kalangan generasi muda dan juga tua.
Perubatan estetik menggunakan prosidur tidak invasif dan kurang invasif untuk memenuhi keinginan estetik pesakit. Secara ringkas, ia memberi tumpuan kepada ‘kemahuan’ seseorang, berbanding dengan ‘keperluan’.
Pembedahan plastik pula, sering dikaitkan dengan prosidur invasif yang memberikan gambaran terhadap pisau bedah, tempoh pemulihan lebih lama dan hasil yang dramatik.
Untuk maklumat anda, pembedahan plastik tidak semestinya bertujuan untuk memenuhi keinginan estetik seseorang, ia merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi mereka yang lahir dengan kecacatan (contoh: bibir sumbing) atau mengalami kemalangan yang dahsyat.
“Semua orang dilahirkan dengan kecantikan mereka yang tersendiri. Jadi, kekalkan keaslian wajah dan ubah hanya yang perlu. Kadang-kala, terdapat pesakit yang kurang puas hati atau tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan wajah mereka. Untuk situasi ini, saya akan berikan konsultasi yang sesuai. Jika perlu, saya akan membuat perubahan yang dipersetujui oleh kami berdua.”
Ketersedian, harga yang semakin murah, dan revolusi dalam perubatan estetik telah memberikan lebih banyak peluang dan kemungkinan untuk membuat perubahan yang dianggap mustahil pada masa dahulu. Dengan risiko yang lebih rendah dan tempoh pemulihan yang lebih singkat, perubatan estetik digelar ‘lunchtime fix’.
“Sama ada rawatan estetik atau pembedahan plastik, sila pastikan anda jelas kemahuan anda serta proses yang anda ingin lakukan. Kemudian, dapatkan doktor yang berdaftar, berkelayakan, dan berpengalaman. Pastikan anda menyatakan keinginan anda secara terperinci untuk mencapai persefahaman antara anda dengan doktor.”
Pakar kecantikan yang tidak memiliki ijazah kedoktoran tidak dibenarkan menjalankan rawatan suntikan kosmetik seperti Botox dan HA filler. Ramai orang mendapatkan khidmat pusat kecantikan kerana mereka lebih mudah didapati berbanding dengan klinik dan sering terlampau menjanjikan keputusan rawatan. Berita baiknya, jumlah doktor baru yang menyertai bidang perubatan estetik semakin meningkat.