Benang PDO: Alternatif Penegangan Kulit Yang Anda Perlu Ketahui
oleh Dr Chong Tze Sheng
Kulit mengendur merupakan fenomena yang tidak dapat dielakkan dan lazim dialami pada bahagian muka dan badan apabila kita semakin tua. Tentang “menua dengan anggun”, kebanyakan orang mempunyai definisi tersendiri. Namun, menerima proses penuaan tidak bermakna anda perlu kelihatan usang. Proses penuaan tidak memerlukan usaha sama sekali, tetapi menua dengan anggun merupakan perkara yang berbeza.
Menegangkan kulit dengan benang PDO merupakan salah satu kaedah yang paling selamat dan berkesan untuk berbuat demikian, tanpa pembedahan. Prosedur ini lazimnya dilakukan untuk bahagian muka, namun ia juga amat berkesan untuk menegangkan dan menganjalkan payudara dan leher, serta lengan, paha, perut, betis dan untuk mengetatkan dan menaikkan punggung.
Ia menggunakan benang PDO (polydioxanone), sejenis bahan jahitan yang sering digunakan dalam pembedahan kardiovaskular. Ia tidak memerlukan masa pemulihan yang lama dan tanpa ketidakselesaan atau risiko seperti dalam prosedur pembedahan.
PDO menggalakkan produksi kolagen dan asid hyaluronik kulit. Benang yang digunakan akan diserap sepenuhnya dalam 4-6 bulan, tanpa meninggalkan sebarang kesan, tetapi struktur kulit yang anjal akan bertahan selama 12-24 bulan.
Cara Kami Melakukannya
Langkah-langkah dalam prosedur menegangkan kulit menggunakan benang adalah mudah. Mula-mula, doktor anda akan memeriksa bahagian yang ingin dirawat dan menentukan arah penegangan yang diperlukan. Krim pengebas akan disapu atau kadangkala anestetik setempat disuntik di bahagian rawatan. Benang kemudian dibenamkan di bawah kulit menggunakan jarum yang panjang dan halus. Benang ini akan kekal selepas jarum ditarik keluar.
Insisi atau jahitan tidak diperlukan untuk prosedur ini. Kesan sampingan yang paling lazim selepas prosedur ialah lebam dan bengkak yang minima. Bukan semua pesakit akan mengalami lebam. Walau bagaimanapun, sekiranya ia berlaku, ia akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk reda. Secara umumnya, bengkak dialami untuk beberapa hari sahaja, dan biasanya tidak berlaku.
Hasil
Tidak seperti perubahan dramatik yang seperti pembedahan facelift, perubahan kaedah benang PDO adalah signifikan tetapi halus. Dalam erti kata lain, wajah anda diserlahkan tetapi anda masih kelihatan seperti diri anda kerana tisu muka telah dikembalikan ke kedudukannya beberapa tahun sebelum ini.
Kaedah benang menghasilkan kesan penegangan kulit jangka panjang. Walau bagaimanapun, kesan penganjalan, pengetatan dan penegangan yang terhasil oleh prosedur ini sentiasa dipengaruhi oleh graviti. Dalam dunia tanpa graviti, kecantikan yang terhasil dari prosedur penegangan benang ini akan abadi. Tetapi disebabkan kesan graviti, prosedur ini mungkin perlu diulangi setiap 2 tahun, atau sebagaimana yang anda ingini.
Hasil pemejalan dan penegangan kulit boleh dipertingkatkan secara berkesan menggunakan kaedah lain, contohnya radiofrekuensi, high intensity focused ultrasound atau laser.