Inilah Jawapan Anda Untuk Kelopak Mata Berganda yang Kekal Tanpa Pembedahan

Dr Edmond Lau (DR KO)

Inilah Jawapan Anda Untuk Kelopak Mata Berganda yang Kekal Tanpa Pembedahan

Jika mata merupakan jendela jiwa, kelopak mata merupakan bidainya. Kelopak mata yang berbentuk cantik membuka mata anda serta menambahkan sinar dan seri kepada renungan anda, manakala kelopak mata terturun yang menutupi mata menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Kelopak mata adalah paling cantik apabila lipatan kelopak mata atas berbentuk, tanpa lemak berlebihan yang kelihatan di sekeliling mata. Sebaliknya, kekenduran dan kelendutan kulit menyebabkan bahagian atas kelopak mata terturun. Dalam erti kata lain, bidai akan menyembunyikan jendela anda!

Secara lazim, satu-satunya kaedah yang berkesan untuk membuka mata anda ialah melalui pembedahan kelopak mata berganda, yang juga dikenali sebagai pembedahan blefaroplasti. Kini dengan penemuan Ko i-Lift, terdapat cara untuk membetulkan bahagian atas kelopak mata yang terturun, tanpa perlu menjalani pembedahan.

Rawatan ini dipanggil Ko i-Lift, atau juga dikenali sebagai Blefaroplasti Lembut. Ko i-Lift merupakan prosedur kurang invasif yang dilakukan di bawah anestesia topikal.

“Dengan beberapa rawatan, hasil Ko i-Lift boleh menandingi pembedahan blefaroplasti konvensional tanpa risiko mengubah penampilan wajah seseorang,” menurut Dr Edmond Lau Kian Hong, doktor estetik.

Kami menyoal Dr Edmond lebih lanjut tentang bagaimana rawatan Ko i-Lift berfungsi, apa yang boleh dijangka, dan paling penting sekali, adakah kesannya tetap.

Bagaimanakah Ko i-Lift berfungsi?

“Ko i-Lift menggunakan tenaga plasma terfokus, seperti panahan petir, untuk memejalwapkan lapisan atas kulit dan menghantar tenaga haba untuk merangsang pembentukan kolagen dan elastin kulit. Apabila dilakukan pada bahagian atas kelopak mata, Ko i-Lift menyebabkan kulit bahagian atas kelopak mata untuk mengental dan mengetat, dan akhirnya akan menaikkan bahagian kelopak mata yang terturun.”

Adakah ia selamat?

“Ko i-Lift adalah selamat dan berisiko rendah apabila dilakukan oleh doktor yang terlatih. Jangan risau tentang penglihatan anda, kerana prosedur ini hanya merawat kulit bahagian atas kelopak mata, ia tidak akan memberi kesan terhadap bola mata anda dalam apa-apa cara sekalipun.”

Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas prosedur?

“Keseluruhan prosedur hanya mengambil masa 60 hingga 90 minit.

Pertama sekali, kami akan mengambil gambar kedua-dua mata anda. Ahli terapi akan membersihkan bahagian kelopak mata anda untuk menanggalkan sebarang sisa kosmetik. Kemudian, kami akan meletakkan satu lapisan krim anestetik topikal di bahagian atas kelopak mata anda. Krim ini akan mengambil masa 30 hingga 45 minit untuk bertindak, bila mana anda boleh berehat dan tidur sebentar.

Ahli terapi akan membersihkan krim pengebas sebelum prosedur. Rawatan ini dilakukan dengan pantas, dan lazimnya mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja. Selepas rawatan, kami akan menyapu krim pemulih dan krim pelindung matahari di bahagian yang dirawat.

Selepas prosedur, anda akan mengalami bengkak dan keruping di bahagian yang dirawat. Bengkak akan beransur dalam masa 2 hingga 3 hari, manakala keruping akan pulih dalam masa 5 hingga 7 hari. Anda juga akan diberi krim pemulih untuk membantu proses penyembuhan.”

dr-edmond-lau-ko-i-lift-3-700x700
dr-edmond-lau-ko-i-lift-2-700x700

Berapa rawatan yang saya perlukan?

“Bilangan rawatan yang diperlukan bergantung kepada tahap kekenduran kulit anda. Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin memerlukan rawatan berulang dalam selang masa 3 hingga 4 minggu untuk kesan yang optimum. Mereka dengan masalah kelopak mata atas terturun yang sederhana hingga teruk disyorkan untuk menjalani 3 hingga 5 sesi rawatan.”

Adakah ia menyakitkan?

Pada saat ini, Dr Edmond memberitahu kami bahawa ini merupakan soalan yang paling kerap ditanya. Dia meyakinkan kami agar jangan takut. “ Anda akan mengalami sedikit ketidakselesaan, tetapi ia boleh ditahan dengan sedikit anestesia topikal.”

Berapa lama kesannya akan bertahan?

“Hasil menaikkan kelopak mata menggunakan Ko i-Lift adalah kekal. Walau bagaimanapun, ia tidak akan menghentikan proses penuaan yang normal, maka kelopak mata mungkin akan terturun semula selepas tempoh tertentu. Ini adalah serupa jika dibandingkan dengan pembedahan blefaroplasti, tetapi tidak seperti pembedahan, rawatan Ko i-Lift boleh diulang setiap tahun untuk mengekalkan kelopak mata berganda yang pejal dan berbentuk.”

Dengan tahap kesakitan yang rendah, tempoh rehat yang minimum, dan paling penting sekali, tanpa pembedahan, rawatan Ko i-Lift pastinya opsyen yang perlu dipertimbangkan. Lagi pun, bukankah memenatkan untuk terus risau tentang kelopak mata anda yang mengendur dan mengimpi-impikan kelopak mata berganda?

Dr Edmond Lau Kian Hong ialah Doktor Estetik di Pakar Kulit Ko. Dia mempunyai kelayakan MB BCh BAO dari Royal College of Surgeon (Ireland), Diploma dalam Perubatan Estetik dari AAAM, Amerika Syarikat, dan Diploma Dermatologi dari Institut Dermatologi Australia