The Eye that Speaks
Oleh Dr Mohd Ruslan Johan, Pakar Bedah Plastik, KO Specialist Medical Centre
Mata meluahkan isi hati anda, walaupun tanpa bersuara. Dari mata, kita boleh menyedari kebenaran atau penipuan, niat, ketakutan, keyakinan, keazaman… walaupun tanpa kita, sebagai pemerhati, menyedarinya. Mata bersinar menunjukkan emosi yang kuat, yang lazimnya dikaitkan dengan kegembiraan dan kejayaan. Mata menyipit menunjukkan penderitaan atau kesakitan, manakala mata yang terbeliak menunjukkan rasa marah. Mata yang berkeliaran menandakan pemikiran yang tidak fokus dan mata memandang ke bawah menunjukkan rasa rendah diri. Mata berkelip mendedahkan niat menyembunyikan sesuatu, dan merupakan cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian orang lain.
Tanpa kita ketahui, otak kita mula membaca pemikiran dan emosi seseorang apabila merenung ke mata mereka. Dalam sedetik sahaja, tanpa disedari kita menyimpulkan sejumlah fakta tentang orang tersebut dan bertindak berdasarkannya. Sebagai contoh, individu yang bermata kuyu akan dikenali sebagai penat atau sedih. Secara automatik, kita akan bersimpati terhadapnya, dan akan bertolak ansur dalam perhubungan kita. Kepada pakar perubatan, renungan mata anda boleh mendedahkan pelbagai isu perubatan dan kesihatan, termasuk jangka masa penyakit.
Pembedahan kelopak mata berganda terkenal kerana keupayaan cara ini untuk mengubah mata mengantuk kepada jendela jiwa yang cantik. Pembedahan ini semakin popular di kalangan generasi muda. Di Seoul, Korea Selatan, 20% wanita dari umur 19-49 pernah melakukan pembedahan plastik. Setakat ini, pembedahan kelopak mata berganda adalah pembedahan plastic yang paling biasa.
5 Sebab Utama untuk membuat Pembedahan Kelopak Mata Berganda
- Menjadikan seseorang nampak segar
Kelopak mata tunggal membuatkan mata kelihatan lebih kecil, tertutup atau berat. Ramai pesakit yang melakukan pembedahan kelopak mata berganda kerana orang lain mengatakan mereka kelihatan mengantuk. Semakin jelas bahagian sklera (bahagian putih bola mata anda), lebih peka anda kelihatan. Malangnya, menggunakan kanta sentuh mata besar untuk membesarkan iris tidak akan menjadikan anda kelihatan lebih peka. - Kening kuyu dan dahi berkedut
Mereka yang dalam usia ekstrem (60 tahun ke atas) cenderung mengalami masalah penglihatan periferal yang disekat oleh kening yang kuyu. Jika seseorang mempunyai kening yang rata atau kuyu pada usia yang muda, ia memberikan gambaran yang melankolik atau sedih. Oleh kerana kening yang kuyu bertindak seperti penutup dan menyekat penglihatan, secara tidak sengaja kita akan menaikkan kening untuk penglihatan yang lebih baik. Namun, dengan mengerutkan dahi, kedutan akan menjadi lebih ketara. - Kelopak mata tunggal yang menyusahkan
Ketika bangun tidur, mata dengan kelopak mata tunggal sering kelihatan bengkak, membuat muka nampak penat. Walaupun orang tersebut berasa segar dan peka, ciri-ciri ini tidak menunjukkan gambaran itu langsung. Malahan, bulu mata kelopak mata tunggal cenderung menghala ke bawah. Situasi ini boleh diselesaikan dengan pembedahan kelopak mata ganda untuk membuang sedikit lemak atau kulit berlebihan dari kelopak mata dan membetulkan bulu mata yang menghala ke bawah. - Memberikan tanggapan pertama yang bagus
Ketika diperkenalkan kepada orang baru, pihak lain akan memerhati kita mengikutn susunan ini: mata, senyuman, personaliti dan rambut. Semua ini berlaku dalam sekelip mata, ianya naluri manusia. Bahagian mata merupakan ciri pertama yang diperhatikan. Dalam temuduga di mana anda hanya mempunyai 5 minit untuk mempersembahkan diri anda, persepsi ciri-ciri wajah memainkan peranan penting untuk memberikan tanggapan yang baik. - Profil yang menawan
Gambar selfie merupakan trend terkini dan ciri-ciri wajah merupakan bahagian yang paling penting untuk dipaparkan dalam profil anda. Mata mempunyai pengaruh yang besar dalam ciri-ciri wajah anda. Maka, ianya berbaloi untuk kelihatan menawan.