Matahari Bukanlah Rakan Kulit Anda

Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh anda. Penjagaan kulit yang baik mengurangkan kesan penuaan, mengurangkan peluang menghidap kanser kulit dan mengekalkan kesihatan kulit.

Walaupun kerosakan kulit tidak kelihatan ketara semasa muda, ia pasti akan kelihatan setelah berusia.

Sekian lama, cahaya ultraungu (UV) matahari akan merosakkan gentian kulit yang dipanggil elastin, kulit anda mula mengendur, meregang dan kehilangan keupayaannya untuk kembali ke keadaan asal. Kulit juga kerap lebam dan luka, mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

Apakah perlindungan yang biasa digunakan?

Perlindungan yang lazim digunakan oleh wanita termasuklah mekap (kosmetik) dan losyen pelindung matahari. Kita harus berhati-hati dan memastikan kaki dan belakang juga terlindung. Sinaran matahari mampu menyebabkan kerosakan kulit pada hari yang mendung, dan kaum wanita lebih mudah menghidapi kanser kulit pada bahagian kaki dan belakang berbanding dengan lelaki.

Apakah perbezaan dengan atau tanpa perlindungan

Perbezaan antara memakai perlindungan atau tidak bergantung kepada gaya hidup dan warisan genetik seseorang. Seseorang yang berkulit cerah dan aktif dalam kegiatan luar, dengan sejarah kanser kulit dalam keluarganya berkemungkinan besar akan menghidap kanser kulit. Dalam cara yang serupa, seseorang yang gemar memakan makanan segera dan merokok akan mempunyai kulit yang tidak bermaya dan mengendur.

Sinaran matahari memberi kesan yang sama ke atas kulit anda sebagaimana pencemaran. Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dan pencemaran pada waktu pagi diikuti dengan regimen penjagaan kulit pada waktu malam untuk melegakan kulit.

Gunakan produk pembersih yang lembut untuk membersihkan kesan losyen pelindung matahari dan kosmetik di muka dan badan. Kemudian sapu krim yang sesuai.

Tidak kira berapa cerah atau gelap kulit anda, berapa tua atau muda usia anda, berapa baik atau tidak kulit dijaga setakat ini, penjagaan kulit adalah penting agar ia kekal muda dan segar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *