ThermiRF: Perut Selepas Bersalin… Jadi?

oleh Gladys

OK, cukuplah dengan dakwaan “inovatif”, “pertama sebegini” atau “kejayaan hebat”. Kami tidak mahu memberikan anda adjektif yang tidak berguna dan ayat-ayat dengan dakwaan berlebihan. Mari kita terus ke objektif, proses dan hasil, setuju?

ThermiRF merupakan alat tenaga frekuensi radio pengaturan termistor untuk merangsang penghasilan kolagen dan menangani tanda-tanda kerut, kedut, membonjol atau mengendur. Ia merupakan prosedur yang kurang invasif (bahagian kulit atas sahaja).

Seperkara lagi, kami sememangnya yang pertama di Malaysia untuk menawarkan rawatan ThermiRF. Jangan risau mengenai istilah “pengaturan termistor”. Ia bermakna bahawa pakar bedah boleh menetapkan suhu maksimum dan alat tersebut akan mengawal tenaga haba secara automatik. Ringkasnya, kami akan mengelakkan pemanasan berlebihan ke atas kulit anda.

Subjek: Melissa, ibu berumur 32 tahun dengan anak kembar tiga

Senario: Selepas bersalin. Menjalini pembedahan Caesarean, 27 bulan sejak bersalin. Tiada banyak tisu lemak, cuma kulit mengendur.
Objektif: Untuk menegangkan dan menganjalkan kulit abdomen agar kelihatan lebih baik.
Peralatan: ThermiRF
Dijalankan oleh: Dr Chiam Tee Kiang
Tarikh Rawatan: 23 Dis 2014
Hasil diperoleh pada: 21 Jan 2015

Pemasukan prob ThermiRF.

Bagaimanakah prosesnya?

Rawatan akan bermula dengan anestesia setempat, diikuti dengan suntikan cecair khas (tumescent fluid) di bawah kulit menggunakan prob kecil. Masa yang diperlukan untuk suntikan ini adalah lebih lama, kerana pakar bedah perlu memastikan cecair tersebut mengembangkan kelompok tisu serabut untuk pengagihan tenaga haba yang sekata.

Seterusnya ialah pemasukan prob ThermiRF.

Hujung prob ThermiRF akan memberikan maklum balas tetap bagi suhu di bawah kulit. Pada masa yang sama, kamera inframerah digunakan untuk memantau suhu permukaan kulit.

Pesakit kami, Melissa, berjaga sepanjang proses ini yang mengambil masa 2 setengah jam. Ia sangat menenangkan… hingga ke tahap membosankan. Jadi kami memasangkan muzik dan mendengar gabungan lagu-lagu dari Michael Buble hinggalah Maroon 5 sementara Dr Chiam menggunakan prob ThermiRF. Untuk mengalihkan fikiran Melissa dari perutnya, kami bersembang mengenai kehamilan, masalah dengan kanak-kanak, percutian, dan sebagainya.

Selepas 1 bulan

Hasilnya akan terus diperbaiki dengan masa kerana penghasilan kolagen akan bertambah

Apakah Kekurangannya?

Malangnya, jika anda mempunyai masalah perut membonjol yang serius dengan tisu lemak yang mengendur dan bukannya kulit mengendur (bayangkan perut seperti buah tembikai), anda mungkin perlu mempertimbangkan rawatan Vanquish dari pakar pelangsingan kami, atau prosedur pembedahan perut dari pakar bedah plastik kami.

Satu lagi masalah ialah garis regangan disebabkan kehamilan. Meskipun ThermiRF boleh meringankan tanda garis regangan hasil daripada pembentukan kolagen, ia tidak boleh hilang sepenuhnya. Anda boleh mempertimbangkan untuk mencuba rawatan laser untuk masalah ini.

Menjadi seorang ibu pastinya berbaloi dengan setiap titik darah, peluh dan tangisan yang dialami. Hanya satu perkara: Bukti bahawa anda seorang ibu ialah anak anda, bukannya kulit mengendur pada perut anda. Jangan biarkannya lebih lama lagi. Teruskan perjuangan, wahai ibu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *