4 Miskonsepsi Tentang Pigmentasi

Tidak kira bagaimana rasional huraian ahli sains : “Selepas kulit terdedah kepada cahaya matahari; agihan pigmen melanin yang tidak sekata akan tertumpu pada satu bahagian kulit”, anda tetap penuh emosi apabila mendapati bintik hitam pada muka anda!

Bagi kebanyakan orang, bintik pada muka adalah seumpama kesilapan yang tidak dapat dilupakan. Mereka mengumpul maklumat tentang cara menghilangkan “kotoran” ini.

4 butiran berikut merupakan salah faham utama mengenai pigmentasi, bukan sahaja untuk membuktikan pigmen tidak berdosa, tetapi juga untuk membantu anda mengekalkan kulit yang sempurna.

Miskonsepsi 1: Hanya orang tua yang akan mengalami pigmentasi; kami tidak perlu risau kerana kami masih muda.

Realiti: Pigmentasi tiada kaitan dengan usia, ia boleh muncul pada sesiapa, pada mana-mana usia, malah seawal usia 1 atau 2 tahun.

Miskonsepsi 2: Pigmentasi muncul kerana cahaya matahari, selagi kita menggunakan losyen pelindung matahari sebagaimana disarankan, bintik hitam tidak akan muncul.

Realiti: Pigmentasi muncul akibat kombinasi warisan genetik dan pendedahan kepada cahaya matahari. Dua orang yang berbeza tidak akan mendapat jumlah tompok yang sama walaupun terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa yang sama.

Miskonsepsi 3: Mereka yang berkulit cerah yang bernasib baik, mereka tidak akan mengalami sebarang tompok.

Realiti: Pigmentasi sering dihadapi pada orang yang berkulit cerah. Kulit bahagian atas tubuh seperti pipi, hidung, lengan dan bahu lebih cenderung mempunyai bintik hitam.

Miskonsepsi 4: Lebih baik saya mengikut cara yang diamalkan oleh orang lain untuk menghilangkan bintik hitam; jika ia berkesan bagi mereka, tentu ia berkesan untuk saya.

Realiti: Ia bergantung kepada individu. Jika ia sesuai untuk orang lain, ia tidak semestinya sesuai untuk anda. Contohnya, kaedah semula jadi, rawatan laser, ataupun krim pemudar. Kaedah yang berkesan adalah kaedah yang terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *