Dr Ko Skin Sdn Bhd (No. Pendaftaran 202301042063 (1535980-U)), termasuk ahli gabungan, subsidiari, mana-mana entiti berkaitan dan mana-mana klinik, pusat perubatan, pusat latihan, pusat kesihatan, kedai jualan dan pejabat-pejabat (secara kolektif dirujuk sebagai “Syarikat”, “kami” atau “kita”) menghormati privasi individu dan komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Istilah “Syarikat”, “kami” atau “kita” juga meliputi penerus dan penerimaannya.
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) mengawal cara Syarikat mengumpul dan memproses data peribadi anda, termasuk data peribadi sensitif anda, menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya (secara kolektif dirujuk sebagai “PDPA”).
1. Jenis Data Peribadi
Data peribadi merujuk kepada mana-mana maklumat atau gabungan maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan yang telah diberikan kepada kami atau yang mungkin kami memiliki akses kepadanya, semasa interaksi anda dengan kami (“Data Peribadi”).
Data Peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(a) Maklumat Peribadi: nama penuh, umur, jantina, tarikh lahir, bangsa, nombor kad pengenalan (“NRIC”), kewarganegaraan, agama, pendidikan, status perkahwinan, riwayat perubatan, atau sebarang maklumat kesihatan yang berkaitan, serta maklumat mengenai keluarga atau waris anda.
(b) Maklumat Hubungan: alamat rumah, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, dan maklumat hubungan kecemasan.
(c) Maklumat Pembayaran: nombor kad debit atau kredit anda, tarikh tamat, alamat bil, dan butiran kewangan atau akaun bank lain.
(d) Imej atau Rakaman: sebarang imej dan rakaman yang diambil selaras dengan perkhidmatan yang diberi oleh Syarikat, imej atau rakaman litar tertutup (“CCTV”), rakaman keselamatan semasa anda melawat klinik kami, dan rakaman panggilan telefon.
(e) Maklumat Lain: sebarang Data Peribadi lain yang anda beri kepada kami semasa anda berinteraksi dengan klinik kami.
Untuk tujuan Notis ini, Data Peribadi sensitif anda termasuk tetapi tidak terhad kepada kesihatan fizikal atau mental anda dan maklumat perubatan anda seperti riwayat perubatan, diagnostik, dan alergi.
2. Sumber Data Peribadi
Kami mengumpul Data Peribadi anda sama ada daripada anda, wakil-wakil yang anda telah memberi kuasa, atau pihak-pihak ketiga melalui kaedah-kaedah berikut:
(a) Melalui penubuhan akaun, dan/atau melalui penyerahan sebarang borang pendaftaran, borang persetujuan, dan/atau borang-borang lain yang anda atau wakil anda mengisi untuk memberi kami maklumat atau memanfaat daripada perkhidmatan kami;
(b) Apabila anda menghubungi kami secara langsung, di kaunter, melalui perbualan telefon dengan pasukan kami atau melalui e-mel elektronik;
(c) Melalui penyertaan anda dalam sebarang tinjauan, soal selidik, tawaran, atau promosi yang dijalankan oleh kami atau melalui pihak ketiga yang dilantik;
(d) Apabila anda mendaftar untuk menerima komunikasi pemasaran, promosi, dan/atau inisiatif kami;
(e) Apabila anda mengunjungi mana-mana klinik kami, pusat perubatan, pusat latihan, pusat kesihatan, atau kedai jualan;
(f) Apabila anda mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan, maklum balas, penilaian, dan/atau ulasan di laman web kami atau platform lain;
(g) Apabila anda menghadiri mana-mana acara korporat kami;
(h) Apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui media sosial atau aplikasi interaktif termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Twitter, TikTok, LinkedIn, dan Instagram;
(i) Apabila anda membuat permohonan pekerjaan anda dengan kami;
(j) Daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan anda seperti majikan/bakal majikan, ejen, syarikat insurans, dan/atau mana-mana pembekal perkhidmatan kesihatan lain; dan
(k) Daripada sumber-sumber lain di mana anda telah beri kebenaran untuk penzahiran Data Peribadi yang berkaitan dengan anda, dan/atau di mana dibenarkan oleh undang-undang.
3. Tujuan Pengumpulan dan Pemprosesan Data Anda
Data Peribadi anda telah dikumpul, digunakan, dipindahkan atau diproses bagi satu atau lebih daripada satu tujuan-tujuan berikut:
(a) Peruntukan Perkhidmatan Perubatan dan Estetika
(b) Tujuan Pentadbiran dan Operasi
(c) Jaminan Kualiti dan Penambahbaikan
(d) Pematuhan dan Kewajipan Undang-Undang
(e) Aktiviti Pemasaran dan Promosi
4. Penzahiran Data Peribadi
Bagi tujuan memberi serta mengurus atau menjalankan sebarang perkhidmatan daripada pihak kami, kami mungkin akan berkongsi, mendedahkan, dan/atau memberikan Data Peribadi anda kepada individu/pihak-pihak berikut untuk tujuan yang tersebut di atas:
(a) Mana-mana ahli gabungan, subsidiari, entiti-entiti yang berkaitan atau cawangan-cawangan dan pejabat-pejabat Syarikat kami;
(b) Pihak kerajaan persekutuan atau negeri;
(c) Badan penguatkuasa undang-undang;
(d) Agensi kerajaan;
(e) Mana-mana badan kawal selia;
(f) Syarikat atau organisasi yang bertindak sebagai agen, kontraktor, pembekal perkhidmatan, atau perunding profesional kami;
(g) Mana-mana pembekal perkhidmatan, vendor, atau pembekal yang kami telah melantik untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau atas pihak kami (contohnya pemprosesan pembayaran, penyimpanan data, dan/atau sokongan informasi teknologi); atau
(h) Mana-mana wakil atau pihak yang anda telah memberikan kebenaran atau persetujuan bagi tujuan pertanyaan atau menjalankan sebarang transaksi.
Pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia. Kami mungkin akan memindah, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda ke luar Malaysia kepada mana-mana ahli gabungan kami, dan/atau pihak luar yang diberi kuasa di mana yang tersebut dalam perenggan 4 di sini agar memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.
Sekiranya Data Peribadi anda perlu dipindahkan ke luar Malaysia, kami akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa pihak yang diberi kuasa dan/atau mana-mana pihak ketiga lain hanya akan memproses Data Peribadi anda di bawah arahan kami dan mematuhi sebarang undang-undang berkaitan perlindungan data.
5. Penyimpanan Data Peribadi dan Langkah-langkah yang diambil oleh kami untuk
melindungi Data Peribadi anda
Data Peribadi anda akan disimpan, dipegang atau dikekalkan oleh kami sepanjang tempoh perhubungan kontrak kami dan tempoh anda menerima perkhidmatan daripada kami dan/atau selama mana Data Peribadi itu diperlukan untuk memenuhi tujuan yang mana ia dikumpulkan dan berkaitan dengan keperluan perniagaan kami.
Sila juga mengambil perhatian bahawa Data Peribadi yang berkenaan mungkin disimpan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:
(a) Sebagaimana dan bila diperlukan di bawah mana-mana undang-undang atau perundangan yang berkenaan di Malaysia;
(b) Di mana tindakan undang-undang telah timbul dan masih tertangguh; dan
(c) Untuk tujuan komersial dan/atau operasi Syarikat kami.
Menurut dengan PDPA, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
Kami mengambil tanggungjawab terhadap pengurusan dan keselamatan Data Peribadi anda. Untuk melindungi Data Peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah teknikal dan/atau organisasi yang sesuai untuk menjamin dan mengelakkan sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan, pengubahan atau pemusnahan Data Peribadi anda.
6. Hak untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi
Anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk mengakses dan membetulkan atau mengemas kini maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami. Kami berusaha untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami adalah tepat dan terkini. Sekiranya anda ingin mengakses Data Peribadi anda yang berada dalam pemilikan kami, atau jika anda berpendapat bahawa Data Peribadi tersebut yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila hubungi kami melalui butiran hubungan yang dinyatakan di sini.
7. Konflik
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara Notis Privasi dalam Bahasa Inggeris dan Notis Privasi dalam Bahasa Malaysia, terma-terma dalam Notis Privasi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
8. Kemas Kini Notis
Sila ambil perhatian bahawa kami akan kemas kini Notis ini dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Kami akan memaklumkan anda tentang perkara yang sama melalui e-mel jika terdapat sebarang pindaan yang dibuat kepada Notis ini.
Sila lihat butiran hubungan di bawah jika anda:
Anda boleh menghubungi kami di:
Dr Ko. Skin Sdn Bhd
10A-22A, Jalan Temoh,
Off Jalan Goh Hock Huat,
41400 Klang, Selangor, Malaysia
[Email: drkocompliance@koskinspecialist.com]
[U.P.: [PDPA Pegawai Selia]]