Mengenai Kami
Serahkan kesukaran anda kepada pakar kami.
KO Skin Specialist ditubuhkan pada 1997 hasil usaha Dr Ko Chung Beng. Sejak itu, KO Skin Specialist manawarkan pelbagai perkhidmatan estetik dari bidang dermatologi kepembedahan plastik.
Kini, KO Skin Specialist merupakan salah satu pusat dermatologi dan laser yang terkemuka di Asia, memenangi kepercayaan para pakar perubatan dan pelanggan dari seluruh dunia.
Bersama kami, terokailah potensi kecantikan anda dan mengembalikan semula keyakinan dalam diri anda. Selain daripada peralatan yang lengkap, kami mempunyai pakar berpengalaman yang senantiasa mematuhi etika kerja. Diagnosis yang teliti mengenai masalah yang dihadapi anda akan membawa rawatan yang tepat dan berkesan.
Latar Belakang
Dr Ko Chung Beng berada di UK selama 17 tahun dan memperolehi kelayakan beliau sebagai pakar dermatologi sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mengetuai Jabatan Dermatologi di Hospital Seremban sehingga 1997.
Pada tahun 1997, Klinik Pakar Kulit KO adalah sebuah klinik kecil yang terletak di tingkat satu sebuah rumah kedai. Kini, klinik ini berubah menjadi Ibu Pejabat bagi semua 30 divisi Kilik Pakar Kulit KO di seluruh negara, mempunyai formulasi produk penjagaan kulit sendiri dan peralatan terapi laser yang paling lengkap di Asia. Tambahan pula, Klinic Pakar Kulit KO berjaya membuka cawangan di Indonesia dan akan menambah lebih cawangan di negara Asia Tenggara.
Misi Kami
Klinik Pakar Kulit KO berdedikasi untuk membantu orang ramai melalui perubatan dermatologi, rawatan estetik, dan rawatan laser di Malaysia. Dengan teknologi kosmetik yang terbukti dan prosedur yang inovatif, kualiti perkhidmatan Pengamal Perubatan Berdaftar kami sentiasa terjamin.
“Yang paling penting, kami berpegang kepada tanggungjawab dan etika kami. “
Jaminan perkhidmatan yang tulen adalah faktor yang membezakan kami dari yang lain.