Lingkaran Hitam & Kantung Mata
Nampak Macam Beruang Panda?
Pernahkah anda cuba menutupi lingkaran gelap mata dengan solekan yang tebal, tetapi hasilnya ialah tampilan zombie yang mengerikan dan boleh menyertai pesta Halloween pada bila-bila masa?
Lingkaran gelap di mata boleh membuat seseorang kelihatan tua, letih, sakit, tertekan atau hodoh. Faktor genetik, pembentukan melanin yang disebabkan oleh matahari, kurang tidur dan proses penuaan boleh memburukkan keadaan lingkaran gelap mata. Selain itu, Hyperpigmentation (pembentukan melanin yang berlebihan) juga boleh menyebabkan lingkaran gelap mata.
Kami Boleh Bantu
Laser seperti Helios II, Medlite dan Revlite boleh menyasarkan dan menghapuskan melanin di dalam kulit. Ia berkesan pantas, dan pesakit akan nampak perbaikan serta-merta selepas rawatan pertama. Walau bagaimanapun, 3-6 sesi rawatan akan memberikan hasil yang terbaik.
Mesotherapy boleh meningkatkan penampilan di bawah mata secara signifikan dan juga mengurangkan saiz kantung mata. Dengan suntikan nutrisi yang tertentu ke dalam kulit, kami dapat merangsang pembentukan kolagen dan elastin, dan seterusnya mengembalikan mata anda yang berseri.
AGNES merupakan rawatan micro-insulated needle untuk mengurangkan kantung mata dan syringoma tanpa pembedahan.