Kelopak, Kantung & Kening Mata
Buka Jendela Dunia
Pembedahan Kelopak Mata
Ketebalan kelopak mata yang sesuai merupakan aspek yang paling penting dalam pembedahan kelopak mata, setengah milimeter pun boleh memberikan perbezaan yang besar.
Kaedah KO-Je dicipta di Klinik Pakar Kulit KO berasaskan kaedah pembedahan kelopak mata Jepun. Versi Jepun menggunakan mikroskop manakala kami menggunakan alat pembesar (loupe) dan insisi yang lebih kecil untuk mengawal hasil pembedahan dengan lebih tepat.
Kaedah ini sangat memanfaatkan mereka yang inginkan hasil pembedahan kelopak mata yang senang dijangkakan. Pesakit akan diberi ubat pelali sebelum pembedahan. Adalah dinasihatkan supaya pesakit ditemani oleh ahli keluarga atau kawan semasa pergi balik dari klinik kerana pesakit tidak akan dapat melihat serta-merta selepas pembedahan.
Pakar bedah kami mengesyorkan kaedah KO-Je sebab fleksibiliti dan kebolehjangkaannya.
Singkirkan Poket
Pembedahan Kantung Mata
Lower blepharoplasty, juga dikenali sebagai pembedahan kantung mata adalah pembedahan untuk membuang lemak yang bertimbun dan kulit yang berlebihan di bawah mata dan menghapuskan kelopak mata bawah yang bengkak.
Terdapat 2 cara insisi bagi pembedahan kantung mata:
insisi transconjunctival dan insisi subciliary.
Insisi transconjunctival ialah pemotongan yang dibuat di bahagian dalam kelopak mata bawah, dan mengelakkan sebarang parut luar. Melalui cara ini, hanya lemak sahaja yang boleh dibuang. Biasanya, ia dicadangkan untuk pesakit yang berusia 30-an.
Insisi incision ialah pemotongan yang dilakukan betul-betul di bawah kelopak mata bawah. Dengan cara ini, pakar bedah boleh membuang lemak dan kulit yang berlebihan.
Dapatkan Lengkungan Idaman
Eyebrow Lifting
Garis-garis kerut, lipatan mendatar dan kening melabuh boleh menjadikan anda kelihatan marah, sedih atau tidak senang untuk bergaul, walaupun anda tidak berniat seperti itu.
Brow lift dilakukan melalui insisi yang dibuat dari telinga ke telinga mengelilingi garis rambut dahi. Kemudian, kulit kening akan diangkat dengan berhati-hati dan sebahagian tisu akan dibuang. Kulit akan ditarik ke atas dan kulit yang berlebihan akan dibuang supaya ia padan dengan garis insisi.
Kaedah brow lift yang kurang invasif adalah pembuangan kulit berlebihan melalui insisi yang dibuat di bahagian bulu kening. Sila membuat janji temu dengan pakar kami untuk menentukan rawatan yang sesuai dengan anda.