Rawatan Rambut Gugur
Punca & Penyelesaian
Rambut yang tebal dan berkilau adalah lambang kesihatan dan daya tarikan. Ia merupakan sumber keyakinan bagi lelaki ataupun wanita. Oleh itu, adalah difahami kenapa fenomena rambut gugur amat merimiskan. Rambut yang semakin tipis dan berserabut memberikan impak besar kepada maruah dan keyakinan diri kita.
Terdapat beberapa factor yang menyebabkan keguguran rambut, termasuk: keturunan, penuaan, hormon yang tidak seimbang, pengurangan berat badan yang drastik, tekanan, lupus dan kekurangan nutrisi.
Selain daripada ubat oral dan krim topical, kami mempunyai rawatan berikut:
- Follicular Unit Extraction (FUE)
- Hair Loss Mesotherapy
- Low-Level Laser Therapy
Kembalikan Kecantikan Mahkota Anda
Pemindahan rambut adalah satu-satunya kaedah penumbuhan rambut permanen di mana folikel rambut diambil dari bahagian kulit belakang dan sisi kepala dan ditanam pada kawasan yang botak.
Pada masa ini, terdapat 2 cara untuk mengambil folikel rambut: Strip harvesting dan Follicular Unit Extraction (FUE).
Dalam strip harvesting, donor strip rambut (sedikit kulit) dari bahagian belakang kepala akan diambil dengan pisau bedah. Bahagian belakang kepala akan dijahit semula. Donor strip rambut tadi akan diproses sebelum ditanam di tempat rambut gugur.
Follicular Unit Extraction (FUE) merupakan teknik saintifik yang paling canggih untuk pemindahan rambut. Ia tidak memerlukan pisau bedah ataupun jahitan. Folikel rambut diambil dari bahagian kulit kepala dan ditanam pada tempat rambut gugur.
Selain daripada rambut gugur, teknik FUE juga boleh digunakan untuk merawat tempat lain seperti bulu kening dan mata yang tipis, sideburn dan janggut.
KO Hair Restoration Clinic terdiri daripada pasukan yang terlatih di peringkat antarabangsa dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dalambidang perubatan estetik. Sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan sama ada anda layak manjalani pemindahan rambut.