Jerawat, Parut, Pori-pori & Rosacea

Berani Keluar Tanpa Mekap?

Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang biasa muncul di wajah, sering dikenali sebagai bintil merah, radang bernanah, atau pun bonjolan besar. Walaupun ia tidak mampu mengancam nyawa seseorang, jerawat boleh menyakitkan dan menyebabkan impak dari segi fizikal dan emosi. Bukan saja remaja yang mengalaminya, ada banyak orang dewasa yang bekerja meminta bantuan rawatan jerawat.

Faktor yang menyumbang kepada jerawat termasuk hormon tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan, kekurangan penjagaankulit yang betul, pendedahan kepada bahan kimia, kosmetik, ubat-ubatan dan tekanan fizikal di muka (misalnya:tali dagu topi keledar, kolar, cermin mata).

Jerawat boleh dirawat dengan ubat topikal, antibiotik oral, rawatan radio frekuensi dan laser. Parut jerawat dan pori-pori yang besar juga boleh dikurangkan dengan rawatan laser.

Jangan Salah Anggap

Kami Boleh Bantu

 
RAWATAN/KELENGKAPAN
Jerawat
  • Ubat topikal
  • Antibiotik Oral
  • Dual Yellow Light
  • AGNES
Parut Jerawat
  • Dual Yellow Light
  • Line Xel
  • Fraxel, Evo
  • Spectra Action
  • Helios II, Tri-Beam, Medlite C6, Revlite
  • Scarlet, Firm FX
Liang Pori Besar
  • Line Xel
  • Helios II, Tri-Beam, Medlite C6, Revlite
Rosacea
  • Ubat topikal
  • Antibiotik Oral
  • Dual Yellow Light
  • Gentle Max Pro
  • V Beam
  • Scarlet, Firm FX

Jangan Salah Anggap

Rosacea

Peringkat awal rosacea adalah kemerahan pada kulit muka, oleh itu, kebanyakan orang menganggapnya sebagai jerawat. Akan tetapi, rosacea tidak sama dengan jerawat, ia tidak membangkitkan bintik hitam dan jeragat.

Selain dari kemerahan kulit yang kerap, pesakit rosacea mungkin mengalami kebengkatan, rasa gatal dan juga kulit mengupas. Pendedahan kepada cahaya matahari, makanan dan minuman yang panas pedas boleh memburukkan keadaan. Solekan, sunscreen atau krim yang tidak sesuai boleh menimbulkan sensasi menyegat. Rosacea juga boleh menyebabkan kemerahan dan kesakitan pada kawasan kelopak mata, hidung dan liang pori besar.

Faktor rosacea termasuk keturunan, persekitaran, masalah vascular dan sebagainya. Dedahan kronik kepada cahaya UV juga boleh menyebabkan rosacea.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami

KOMail Online

Tips kecantikan dari KO Skin Specialist, tidak kira dimana anda berada! Sila masukkan emel anda untuk info terkini.