Laser Dual Yellow
Dalam zaman yang serba moden ini, usaha mencari kulit yang lebih cerah dan berseri telah membawa kepada pelbagai rawatan laser. Kemajuaan teknologi dalam laser dermatology adalah amat pesat sekali sejak ianya diperkenalkan. Dengan adanya, LASER DUAL YELLOW dari NORSELD®, rawatan laser boleh jadi lebih selesa, lagi berkesan.
APA ITU LASER DUAL YELLOW DARI NORSELD®
LASER DUAL YELLOW dari NORSELD® adalah laser yang kuat, laju, serta maju. Ia terima kepercayaan doktor dari seluruh dunia. Laser ini mengeluarkan dua gelombang laser yang unik – 578nm kuning dan 511nm hijau. Setiap gelombang laser ini, dikuasai oleh teknologi paten NORSELD®, dapat menembusi jauh ke dalam kulit untuk memberi rawatan tanpa menyebabkan kerosakan cagaran. Maka, LASER DUAL YELLOW adalah selamat digunakan untuk semua jenis warna kulit yang tersenarai pada Scala Firzpatrick I-VI.
KENAPA LASER DUAL YELLOW DARI NORSELD®
Tidak semua Laser adalah sama. Terutamanya LASER DUAL YELLOW dari NORSELD®. Dikuasai dengan teknologi “Fast Edge Micropulse” FEM®, laser ini dapat menhasilkan kuasa puncak yang tinggi, iaitu 3kW, apabila diperlukan. Teknologi FEM® menjana laser berkuasa 3kW, dengan 90 mikro joule setiap pancaran laser, maka tidak menyebabkan kerosokan terma pada kulit. LASER DUAL YELLOW, NORSELD® adalah satu-satunya laser dalam pasaran yang boleh menghasilkan 22,000 pancaran mikro setiap saat, dan menghasilkan reaksi fotokimia dalam lapisan dermis, untuk merawat masalah melasma, jerawat dan peremajaan kulit.
Dengan kombinasi kuasa puncak yang tinggi (3kW) dan pancaran laser yang pantas, LASER DUAL YELLOW NORSELD® dapat mencapai kesan positive jangka panjang, pada masa yang sama mengelakkan kerosakan cagaran, kesakitan dan lain-lain kesan sampingan laser.
ADAKAH LASER DUAL YELLOW NORSELD® SELAMAT
Laser ini adalah direka, dan buatan negara Australia. Ia terima pelbagai pengiktirafan oleh pelbagai piagam antarabangsa, contohnya, TGA (Australia), CE (Eropah), FDA (Amerika) dan KFDA (Korea Selatan).
LASER DUAL YELLOW dari NORSELD® adalah laser yang dipercayai oleh doktor dan pesakit dari seluruh dunia. Ia mempunyai rekod keselamatan dan keberkesanan yang terbukti.