Fotona Nightlase Snoring Treatment
Fotona Nightlase
Adakah bunyi dengkuran membuat anda berjaga pada waktu malam? Kini masanya bagi anda dan pasangan anda menikmati tidur yang lena. Fotona Nightlase ialah rawatan laser intraoral untuk memberhentikan masalah berdengkur dengan berkesan, Doktor memilih rawatan ini sebagai penyelesaian tidak invasif untuk tidur yang berkualiti, tanpa risiko pembedahan atau kesukaran menggunakan alatan tidur.
Bagaimana ia berfungsi
Dengkuran berlaku apabila aliran udara bergelora menyebabkan tisu hidung dan tekak (lelangit lembut) bergetar. Ini disebabkan oleh saluran pernafasan farinks yang sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak. Untuk menyelesaikan masalah berdengkur, Fotona Nightlase meningkatkan saiz saluran udara dan mengurangkan golakan tisu.
Fotona Nightlase ialah rawatan laser lembut yang memanaskan tisu di belakang tekak untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas. Laser ini mempunyai kesan pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam tisu mukosa mulut. Apabila tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan getaran tisu lembut farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea tidur dan mengurangkan amplitud dengkuran.
Rawatan penuh melibatkan tiga sesi rawatan berasingan dalam tempoh enam minggu. Hasilnya bertahan sehingga setahun dan terapi boleh diulang selepas itu.
Mengapa penting untuk menyelesaikan masalah berdengkur
Mengganggu pasangan anda bukan satu-satunya masalah akibat berdengkur dan apnea tidur. Apabila anda tidak mendapat tidur yang berkualiti, anda mungkin mengalami mengantuk kronik pada waktu siang, sakit kepala pada waktu pagi, keletihan, cepat marah dan mengalami gangguan konsentrasi.
Apabila tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur).
Kelebihan Fotona Nightlase
Penyelidikan telah membuktikan bahawa Fotona Nightlase berupaya mengurangkan intensiti dan tempoh dengkuran. Pesakit mendapatinya sebagai penyelesaian yang sangat selesa dan memuaskan untuk kualiti tidur yang lebih baik. Tiada ketidakselesaan semasa rawatan, dan tiada masalah selepasnya.
Kenapa anda patut pilih Fotona Nightlase Snoring Treatment
- Tanpa rawatan kimia
- Tanpa pembedahan
- Tidak menyakitkan, mudah dan selamat
- Tiada masa pemulihan
- Tiada alat yang perlu dipakai semasa tidur
- Kesan bertahan sehingga setahun dan rawatan boleh diulang semula
Pesakit Fotona Nightlase dinasihatkan untuk minum air yang banyak sebelum dan selepas rawatan.
Hubungi doctor kami hari ini untuk memahami bagaimana berdengkur menjejaskan kesejahteraan anda, dan bincangkan bagaimana Fotona Nightlase boleh membantu anda tidur dengan lena sekali lagi.
Skala Mallampati
Kelas 1
Tonsil, uvula dan lelangit lembut boleh dilihat sepenuhnya
Kelas 2
Lelangit keras & lembut, bahagian atas tonsil dan uvula boleh dilihat
Kelas 3
Lelangit lembut & keras dan bahagian bawah uvula boleh dilihat
Kelas 4
Hanya lelangit keras boleh dilihat
Gambar rajah di atas menunjukkan saiz salur udara. Kedudukan lelangit lembut yang lebih hampir kepada lidah menunjukkan salur udara yang lebih kecil dan kemungkinan lebih tinggi untuk berdengkur. Sebagai contoh, salur udara kelas I adalah lebih baik berbanding salur udara kelas IV. Matlamat rawatan dengkuran Nightlase ialah untuk meningkatkan saiz salur udara dan mengurangkan pergolakan tisu. Perubahan dari kelas IV ke kelas III, atau dari kelas III ke kelas I, dianggap sebagai rawatan yang berjaya.