Juvéderm®
Juvéderm® Pengisi Kulit:
Apabila kita semakin berusia, kulit kita kekurangan asid hialuronik, protein dan tisu subkutaneus yang menyebabkan kehilangan lembapan dan isipadu wajah. Pengisi kulit Juvéderm® bertujuan memulihkan dan menambah asid hialuronik semula jadi yang dalam kulit, maka mengembalikan kulit dan penampilan yang muda.
Apa Itu Pengisi Kulit Juvéderm®
Koleksi Juvéderm® VYCROSS™ menggunakan asid hialuronik yang wujud secara semula jadi dan menggunakan teknologi dipaten yang unik untuk membolehkan anda mendapat hasil yang anda inginkan. Iaitu berkekalan, licin dan rupa yang semula jadi.
Dalam bentuk seluma jadinya, asid hialuronik mempunyai hayat yang singkat, kira-kira 1-2 hari. Teknologi VYCROSS™ dapat meningkatkan hayat asid hialuronik dengan melambatkan proses degradasinya. Teknologi yang dipaten ini juga dapat mengoptimumkan asid hialuronik semula jadi untuk menghasilkan gel padu yang boleh dibentuk dengan muda.
Mengapa Pilih Pengisi Kulit Juvéderm®
Pengisi kulit Juvéderm® dengan teknologi VYCROSS™menambah asid hialuronik kepada kulit untuk hasil yang lembut dan semula jadi yang boleh berkekalan sehingga dua tahun. Teknology ini membolehkan rawatan penuaan rupa muka dan kulit dari sudut yang berlainan, misalnya pengisian bahagian kekurangan isipadu dan rawatan kedutan static.
Apabila rawatan dilakukan oleh seorang doktor yang terlatih, pengisi kulit Juvéderm® dapat memberikan hasil yang semula jadi dan memberi wajah yang lebih licin, muda dan segar.