Pasukan Kami
KO Skin Specialist percaya bahawa semua orang layak memiliki kecantikan dan meningkatkan penampilan diri. Setiap seorang daripada kami mempunyai kepakaran masing-masing dan kami bertujuan memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk anda.
Para doktor kami adalah penggerak utama kami, dengan dedikasi dan kepakaran mereka, kami berjaya menaikkan tahap perkhidmatan kosmetik dan estetik di rantau ini.
Dr Ko Chung Beng, lulusan dari University of Glasgow, merupakan pengasas Klinik Pakar Kulit KO. Kemudian, beliau disertai oleh Consultant Anaesthetist & Aesthetic Physician, Dr Seah Keh Seng. Begitu Juga Consultant Orthopaedics and Reconstructive Surgeon Dr Ko Chung Yee
Kenali Pakar Kami
Dr Ko Chung Beng
Consultant Dermatologist
MBChB (Glasgow, UK)
MRCP (UK)
Dip.S.B.Derm (Cardiff, UK)
AM (Mal)
Dr Kueh Nai Siong
Consultant Plastic Surgeon
MD (Taiwan)
Plastic Surgery Specialist (CGMH, Taiwan)
Dr Ko Chung Yee
Consultant Orthopaedics and
Reconstructive Surgeon
MD (Kaoshiung Medical University, TW)
Arthroplasty Trainer of MOH,
Malaysia since 2005
Dr Seah Keh Seng
Consultant Anaesthetist
and Aesthetic Physician
MBBS (Malaya)
Master of Medicine (NUS, Singapore)
AM (Mal)
Dr Colleen Lee LP
Consultant Aesthetic Physician
MD (USM)
Medical Aesthetic LCP (MOH, M’sia)
Dip Dermatology (Thailand)
Dip. Aesthetic Medicine (AAAM)
Fellowship in Cutaneous and Laser Surgery (Thailand)
Dr Kathleen Chang Yee Kuin
Consultant Plastic &
Reconstructive Surgeon
MD (USM)
MS (Plastic & Reconstructive Surgery) (USM)
Mesej Pengasas
“Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains dan estetika manusia. Ia adalah bidang yang menarik dengan adanya teknologi canggih dan prosedur inovatif yang dapat membantu orang ramai untuk berasa lebih yakin terhadap diri mereka. Nada kegembiraan, harapan dan keyakinan yang diluahkan pesakit yang telah saya bantu memberikan kepuasan kerja yang tinggi. Sebab itu, saya membuat keputusan untuk mendirikan Klinik Pakar Kulit KO pada tahun 1997 – supaya pasukan profesional kami boleh mengembalikan kecantikan dan keyakinan kepada setiap individu.
Adalah kebanggaan kami untuk menjadi pusat rawatan kulit yang terbesar dan terkemuka di Asia. Selagi kecantikan membawa perubahan positif kepada kehidupan seseorang, kami akan terus berusaha sedaya upayanya untuk membantu impian pesakit kami menjadi kenyataan.”
Pembedahan plastik
Pasukan pembedahan plastik kami mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman
DR Kueh Nai Siong mempunyai pengalaman pembedahan plastik selama lebih 20 tahun
Ortopedik
Diketuai Dr Ko Chung Yee, pakar bedah ortopedik dan jurulatih dalam bidang arthroplasty (Pembedahan sendi),
turut disokong oleh jururawat-jururawat pembedahan yang terlatih dan teknologi yang terkini, Unit Ortopedik di Ko Skin Specialist sentiasa berusaha memberikan hasil rawatan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada para pelanggan.
Perubatan Estetika
Pasukan teras yang mewakili Klinik Pakar Kulit Ko dalam mengembangkan Dr Ko sehingga ke peringkat antarabangsa.
Diketuai oleh Dato’ Dr Ko Chung Beng dan sekumpulan pakar perubatan berserta doktor yang bertauliah, Klinik Pakar Kulit Ko sentiasa melakukan inovasi dalam bidang dermatologi dan perubatan estetika supaya dapat memberikan rawatan yang terbukti secara klinikal.